Suara ‘Power’ Jadi Bualan, Video Zamani & Zynakal Di Famili Duo Dipuji Netizen

Rancangan hiburan di TV3 iaitu Famili Duo yang ditayangkan setiap Ahad pada jam 10 malam nampaknya menjadi bualan hangat warganet lagi apabila menampilkan peserta jemputan, Zamani bersama anak saudaranya, Zynakal.

Rasanya ramai sudah mengetahui bagaimana suara mereka berdua yang memiliki kemerduan tersendiri dan Zamani juga merupakan penyanyi legend yang tidak perlu dipertikaikan lagi bakatnya.

Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka peminat dapat menyaksikan kedua-dua penyanyi itu bergandingan bersama. Ternyata pentas Famili Duo mengundang warganet dapat mendengar suara Zamani dan Zynakal digandingkan. Begitu best!

“Tahniah lagend kita Zamani dan Zynakal juara mingguan malam ini”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Sehingga kedua-dua penyanyi itu dinobatkan sebagai juara mingguan pada malam tadi dengan dapat melihat persembahan hebat mereka menyanyi bersama dengan begitu baik sekali.

Malah rata-rata warganet juga memuji suara Zynakal yang power menyanyikan lagu tersebut bersama bapa saudaranya pada malam tadi.

“Tak terkata juri kita malam ni, susah nak bagi markah macam ni, semua power…”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Menerusi perkongsian diruangan Instagram TV3 Malaysia itu bagaimanapun ternyata ratusan pujian ditinggalkan warganet kerana puas hati menyaksikan persembahan mereka.

“Dua-dua sedap. Suara ada karakter masing-masing”

Zamani & Zynakal

“Sedap pulak Zynakal nyanyi kali ni”

Zamani & Zynakal

“Memang superbb!! Puas hati sangat-sangat. Tahniah Zamani dan Zynakal”

Zamani & ZynakalScreenshot_28

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: HCL  

Be the first to comment on "Suara ‘Power’ Jadi Bualan, Video Zamani & Zynakal Di Famili Duo Dipuji Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*