“Bagus Challenge Ni”- Sekumpulan Lelaki Sahut Cabaran Sambung Surah

Sejak akhir-akhir ini pelbagai cabaran internet muncul di media sosial. Cabaran-cabaran ini menjadi ikutan ramai untuk turut melakukannya. Tidak kisahlah apa juga jenis cabaran, janji ia masih tidak melampaui batas dan tidak mendatangkan bahaya kepada orang ramai masih boleh diterima.

Bagaimanapun, lain pula cabaran yang disahut oleh sekumpulan lelaki ini. Malah perkongsian rakaman mereka menyahut cabaran ini telah membuatkan ramai tertarik dan memuji. Menerusi perkongsian di media sosial tersebut kelihatan beberapa lelaki sedang beratur.

Kedengaran suara seorang wanita membacakan surah dan lelaki yang berada di depan sekali diminta untuk menyambung bacaan tersebut. Selesai seorang wanita itu menyambung baca surah lain pula pada lelaki seterusnya. Berikut adalah perkongsian semula sekumpulan lelaki sahut cabaran sambung surah ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Wow, ini barulah cabaran internet yang harus jadi ikutan ramai! Setiap satunya perlu menghafal surah dan satu cabaran yang hebat sekali. Apa-apa pun perkongsian cabaran sambung surah ini telah menerima pujian ramai. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Bagus buat macam ni.. Bermanfaat sikit daripada berjoget2”

Sahut Cabaran Sambung Surah 3

“Bagus challenge ni”

Sahut Cabaran Sambung Surah 2

“Challenge yang sangat bermanfaat. Boleh jumpa bakal imam kat sini”

Sahut Cabaran Sambung Surah 1

 

SumberSinar_my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "“Bagus Challenge Ni”- Sekumpulan Lelaki Sahut Cabaran Sambung Surah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*