Empat Tahun Berehat, Linda Hashim Akhirnya Kembali Berlakon

SETELAH empat tahun berehat daripada bidang lakonan, pelakon Linda Hashim akhirnya terbuka hati untuk kembali semula ke lapangan tersebut.

Linda atau nama sebenarnya Nor Hazlinda Hashim, berkata, dia menerima tawaran drama kali ini berikutan anak-anaknya sudah semakin membesar selain mendapat pertolongan daripada suami, Beego dan ibu mentuanya.

Linda, 37, juga mengakui, punca dia tidak menolak untuk membintangi drama Rindu Yang Hilang itu disebabkan bayaran yang agak lumayan.

“Selepas hampir empat tahun saya tak pegang skrip… Sorry kepada producer-producer yang sebelum ini ada tanya date tapi saya menolak atas sebab nak fokus jaga anak-anak dulu.

“Tapi bila dah banyak drama yang saya tolak, lately ini bila payment dia pun cecah lima angka, rasa macam menolak rezeki pula bila Allah bagi.

Linda berkongsikan naskhah skrip untuk drama terbaharunya, Rindu Yang Hilang.

“Orang lain sampai tak ada kerja nak bekerja… memang rasa ralat tolak rezeki Allah bagi dan sedih sangat tak dapat masuk set jumpa kawan-kawan lama tapi kasihankan anak-anak, so tolak sahaja dulu,” katanya.

Menurut Linda lagi, sepanjang tempoh dia ‘bertapa’, ramai pihak bertanyakan bila dia akan kembali berlakon dan akhirnya kerinduan peminat bakal terungkai dengan drama terbaharu lakonanya itu.

 

Lately ini bila payment dia pun cecah lima angka, rasa macam menolak rezeki pula bila Allah bagi.

LINDA HASHIM

PELAKON

Dalam pada itu, dia juga berasa bimbang dengan tahap lakonanya selepas berehat terlalu lama.

“Ramai pun dah bertanya saya bila nak berlakon balik jadi saya cuba bahagikan masa sebaiknya untuk keluarga dan shooting atas bantuan ibu mentua kesayangan saya serta suami yang sangat memahami.

Linda bersama tiga orang anaknya, Clarissa, Cassandra dan Camelia.

“Semoga Allah permudahkan urusan saya dan kita semua… Sekarang ini macam manalah rupa acting saya setelah dekat empat tahun tak berlakon ni? Boleh ke tidak,” katanya.

Linda mula memperlahankan karier lakonan selepas memperolehi cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 6, Anggun Cassandra, 5, dan Indah Camelia, 2 tahun.

Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu mendirikan rumah tangga dengan Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah pada 8 Jun 2013.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Empat Tahun Berehat, Linda Hashim Akhirnya Kembali Berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*