Baru-baru ini satu video telatah Ayden Adrean, buah hati sulung kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian di Instagram ibunya, Bella Astillah, Ayden nampak cukup comel dengan telatahnya yang sedang merakamkan video Tiktok.
View this post on Instagram
Merupakan anak sulung kepada pasangan sama cantik dan padan ini, Ayden bersama seorang lagi kanak-kanak lelaki sedang melakonkan satu situasi dengan latar belakang suara dari rakaman asal Tiktok. Difahamkan kanak-kanak lelaki tersebut adalah adik kepada Bella Astillah bernama Aidil.
Hanya melakukan video miming, namun telatah dua kanak-kanak ini cukup menghiburkan. Dengan lagak dan gayanya, telatah Ayden ini cukup mencuit hati. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik oleh Bella Astillah baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya:
View this post on Instagram
Amboi, Ayden! Kecil-kecil cili padi rupanya. Pandai berlakon dan buat mimik muka ya! Perkongsian Bella Astillah ini telah meraih lebih 154 ribu tontonan dan 31 ribu likes.
Rata-rata warganet turut memuji bakat terpendam si cilik ini. Malah telatahnya itu telah membuatkan pengikut Bella Astillah di Instagram meninggalkan reaksi di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:
“Ehh pandai pulak tu”
“Ayden omey pandai ee geram”
“Mesti besar pun jadi pelakon”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Telatah Ayden Anak Bella Astillah Main Tiktok, “Kecil2 Ada Talent Sudah”"