Pelakon Mawar Rashid mengumumkan telah berhijrah bersempena hari Jumaat, 2 Muharram (semalam).
Mawar meminta agar semua mendoakannya untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya
“Muharram 2, 1442. Mawar telah berhijrah.
“Salam Jumaat semua.. Doakan Mawar sentiasa istiqamah untuk selalu mendapat keredaan Allah SWT. Aamin,” katanya.
Mawar mengumumkan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya lewat malam semalam.
Menerusi entri terbabit, Mawar memuat naik fotonya berhijab penuh.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya serta rakan artis yang rata-rata menyambut baik penghijrahannya.
Malah ramai juga turut mendoakan agar Mawar terus istiqamah.
“Alhamdulilah, makin berseri-seri Mawar.
“Cantik sangat, semoga istiqamah.
“Amin, semoga dipermudahkan,” komen beberapa pengikutnya.
Meninjau IG Mawar, pelakon itu sudah mula bertudung sejak beberapa bulan lalu dan sudah pun memadamkan fotonya tidak berhijab.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.
Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : GEMPAK/ Berita Harian
Be the first to comment on "Alhamdulillah! Mawar Rashid Umum Sesuatu Yg Mengeejutkan Peminat, Ramai Puji"