Percubaan Azrel menjadi

Azrel Ismail memulakan kerjaya lakonan pada 2011, pada usia 27 tahun; dua tahun selepas menyertai Pertandingan Lelaki Maskulin 2008/2009 yang turut disertai oleh Mustaqim Bahadon. Penampilan pertamanya di televisyen ialah menerusi drama seram, Santau Merasuk, kemudian diikuti oleh watak sampingan sebagai Dr. Hakimi dalam drama romantik Cinta Buat Emelda.

Azrel kemudian melakonkan peranan sampingan dalam filem aksi 8 Jam arahan Ahmad Idham lakonan Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Setahun berikutnya, beliau menjadi pelakon undangan dalam salah satu episod siri televisyen keislaman, Zikir Hati, “Dendam” yang bersiaran pada bulan puasa Ramadhan di TV3,

Beliau mendapat penghargaan meluas dalam kerjaya lakonan menerusi gandingannya bersama Janna Nick dalam siri drama Syurga Nur untuk siaran di Slot Akasia TV3, memegang watak sebagai Dr. Haris. Azrel kemudian berlakon di samping Ady Putra dan Diana Danielle dalam filem drama epik Hanyut arahan U-Wei Hj Saari, berdasarkan daripada novel Almayer’s Folly karya Joseph Conrad

Azrel digandingkan bersama Ruhainies dalam drama komedi romantik, Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Kemudian beliau digandingkan bersama Raysha Rizrose dalam Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, turut berlakon ialah Idris Khan.

Beliau memegang watak sebagai Omar dalam filem drama sejarah Pulang arahan Kabir Bhatia, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.

TEKNOLOGI berkembang seiring peredaran zaman. Penonton dan peminat dunia hiburan tanah air tidak lagi hanya kekal mengikutinya di kaca TV, radio serta pawagam, tetapi kini mula beralih kepada medium yang lebih mudah alih iaitu telefon pintar.

@azrel.ismail

Yeahhhhh ini yg version jadi, the normal sunglasses challenge is to common, yg ini my own style 🤪##tiktokindonesia 📸 @mohamedainuddin

♬ original sound – azrel.ismail

Secara tak langsung, ia juga membuka ruang buat selebriti tanah air untuk mencuba perkara baharu dan tak hanya selesa untuk beraksi di TV.

Pelakon, Azrel Ismail juga nampaknya mula mencuba melakukan hobi baharunya iaitu menghasilkan kandungan digital untuk aplikasi TikTok yang menjadi trend hari ini.

Menurut Azrel, dia sendiri tidak menyangka percubaannya untuk menghasilkan kandungan digital dalam aplikasi itu mencuri tumpuan ramai sekali gus memberi manfaat buat dirinya.

“Sebenarnya saya tak pernah merancang apa-apa kerana saya memuat turun dan mendaftar aplikasi itu sekadar untuk suka-suka pada Mac lalu.

“Apabila kerajaan memberikan kelonggaran dan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya menziarahi anak saudara dan menghasilkan video bersama mereka. Tak sangka pula ramai yang lihat dan jumlah tontonan juga tak kurang hebatnya. Dari situ, saya dapat lihat TikTok ini juga sebenarnya boleh dijadikan medium untuk berkarya,” katanya.

Bercerita mengenai manfaat aplikasi itu, Azrel berkata, ia secara tak langsung mewujudkan lebih banyak interaksi antara dia dengan peminat.

“Mungkin sebelum ini, saya hanya kongsikan video dan foto mengenai kehidupan saya. Jadi, sekali-sekala apabila saya kongsikan video saya menari dan sebagainya di TikTok, ramai yang tertarik.

“Mereka rasa lebih dekat dengan saya dan mudah untuk berinteraksi kerana dapat melihat sisi lain yang saya ‘sporting’ dan sebenarnya seorang yang santai,” katanya.

Pada masa sama, dia juga tidak menyangka akan dapat menarik perhatian peminat dari negara jiran.

“Pada peringkat awal, jumlah pengikut saya di aplikasi itu kurang daripada 10,000 pengikut. Tapi sekarang jumlahnya sudah mencecah 15,000.

“Bukan saja dari Malaysia, tetapi ada juga Indonesia. Ini satu perkara positif kerana bukan mudah untuk kita mencuri tumpuan peminat dari luar negara,” katanya.

Azrel berkata, dia juga ingin membuktikan TikTok bukanlah aplikasi yang memaparkan perkara negatif semata-mata.

“Sebenarnya, banyak perkara positif yang boleh dilakukan dan dikongsi menggunakan aplikasi TikTok ini. Saya tak nafikan, ramai yang menganggap TikTok membawa kesan negatif kepada masyarakat, namun ia bergantung kepada cara penggunaan dan kandungan yang dihasilkan,” katanya.

Selain TikTok, Azrel juga akan mula kembali ke lokasi penggambaran hari ini.

“Saya akan mula menjalani penggambaran drama bersiri Bicara Cinta untuk slot Akasia TV3 yang sebelum ini tertangguh akibat Covid-19. Ada lagi 10 hari baki penggambaran yang tertunggak untuk babak membabitkan saya.

“Selain Bicara Cinta, ada satu lagi drama 13 episod yang perlu dihabiskan penggambarannya iaitu Halim Halima untuk Awesome TV,” katanya.

Berkongsi mengenai jadual kerjanya selepas sektor industri kreatif dibenarkan beroperasi semula, Azrel berkata, jadualnya sudah padat.

“Alhamdulillah, rezeki selepas apa yang berlaku nampaknya menyebelahi saya. Setakat ini, jadual kerja saya sudah mula padat sehingga Oktober ini.

Selain itu, Azrel juga merancang membuka saluran YouTube bagi menjana pendapatan sampingan.

“Disebabkan krisis Covid-19 ini, banyak kerja tertangguh dan secara tak langsung memberi kesan kepada sistem kewangan ramai orang. Ramai yang terkesan termasuk saya. Jadi, saya rasa rasa sudah tiba masanya untuk mencuba mencuba perkara lain selain lakonan.

“Insya-Allah, saya akan membuka saluran YouTube sendiri untuk menjana pendapatan di samping menjadikannya sebagai platform untuk perniagaan. Semuanya masih dalam perbincangan dan saya akan kongsikan kelak,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:MYMETRO

Be the first to comment on "Percubaan Azrel menjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*