Kereta Sport Berkonvoi, Gelagat Myvi Pula Tarik Perhatian

Ramai lelaki setuju bahawa salah satu impian mereka dalam hidup adalah untuk memiliki rumah dan kereta sport idaman, seperti yang dikongsikan individu ini.

Perkongsian berkenaan mengundang ramai untuk berkongsikan kereta idaman masing-masing yang mereka harap akan menjadi milik mereka suatu hari nanti.

Sementara itu ada juga yang bernasib baik dan telah pun memiliki kereta sport yang mereka inginkan. Dalam salah satu video yang dikongsikan di ruangan komen, kelihatan beberapa pemilik kereta sport menunjukkan kecantikkan kereta mereka dengan berkonvoi di jalan raya.

Antara kereta-kereta yang membuat peminat sports cars teruja dan rambang mata di dalam video itu adalah Toyota Supra, Ford, Nissan GTR, dan Mustang.

Namun sebuah kereta yang tidak terlepas dari pandangan netizen adalah sebuah Myvi putih yang cuba untuk memotong kereta-kereta mewah tersebut.

Walaupun cubaannya berjaya, dia akhirnya tertinggal di belakang selepas kereta-kereta hebat itu membuka langkah.

Namun ramai yang tetap memuji percubaan Myvi putih itu dan menyokong tindakannya memandangkan konvoi tersebut menghalang jalan dan menyebabkan kesesakan di belakang.

“Samseng highway tu…”

Annotation 2020-06-12 040351

“mesti myvi putih tu menyirap…”

Annotation 2020-06-12 040424

Annotation 2020-06-12 040505

“Biarlah tak kaya pun asalkan tak buat jalan macam jalan dia…”

Annotation 2020-06-12 040606

“Tak jadi nak fokus tengok kereta diaorang…”

Annotation 2020-06-12 040724

“Nak beli myvi la sebagai kereta idaman…”

Annotation 2020-06-12 040743

Annotation 2020-06-12 040801

Baca juga kisah-kisah berkaitan di bawah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! 

Sumber : HCL/ Berita Stedy Press

Be the first to comment on "Kereta Sport Berkonvoi, Gelagat Myvi Pula Tarik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*