‘Hari Ini Genap Setahun Ainul Mardhiah Dibedah’ – Dr Amalina Che Bakri

Pada tanggal 11 Jun 2020 (hari ini) genaplah setahun adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menjalani pembed4han membuang ketumbuhan dalam mulutnya yang seberat 200gram akibat kans3r`Germ Cell Tumor’.

Terbaru, Dr Amalina Che Bakri menerusi akaun Twitter miliknya meluahkan rasa syukur apabila melihat keadaan adik Ainul yang semakin sihat dan ceria.

Genap setahun Ainul dib3dah

‘Anda adalah hero sebenar’

Alhamdulillah

Dalam perkongsian itu juga, Dr Amalina mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu melancarkan proses rawatan adik Ainul. Difahamkan, Dr Amalina merupakan salah seorang individu yang bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul. Atas usaha dan bantuan semua pihak, adik Ainul kini dapat membesar dan menjalani kehidupannya seperti kanak-kanak normal yang lain.

Sementara itu, Dr Amalina turut meluahkan rasa penghargaan buat doktor-doktor dan pasukan perubatan yang terlibat sepanjang proses pembedahan adik Ainul termasuklah kepada semua rakyat Malaysia yang sama-sama membantu dari segi kewangan, semangat, sokongan dan sebagainya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia gembira dan mendoakan agar anak kecil ini sentiasa sihat serta dipermudahkan segala urusan. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang memuji kecomelan adik Ainul.

Sumber: Dr Amalina Che Bakri/OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "‘Hari Ini Genap Setahun Ainul Mardhiah Dibedah’ – Dr Amalina Che Bakri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*