PKPP Bukti Kesabaran Rakyat Malaysia! 6 Momen Manis Ini Anda Mungkin Takkan lupa Sampai Bila-Bila  

Hari ini tanggal 10 Jun boleh dikatakan tarikh yang amat bermakna buat rakyat Malaysia apabila berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB kini digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), sekali gus membolehkan orang ramai merentas negeri manakala beberapa lagi premis perniagaan telah dibenarkan beroperasi.

Namun, dalam kita menikmati kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, pastinya kita tidak boleh lupa kenangan sepanjang berdepangan PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gempak senaraikan lima perkara yang anda mungkin rindu ketika PKP dan PKPB.

#1 Dalam Sejarah…Roti Kehabisan Stock!

Lucu tapi itulah hakitkatnya.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, roti menjadi makanan yang paling laris ketika bermulanya PKP.

Populariti roti khususnya jenama Gardenia telah membuatkan rak roti di hadapan kedai kelihatan usang tanpa sebarang stok di atasnya.

Namun ia kini hanya tinggal kenangan!

#2 Tiba-Tiba Pandai Teknologi, Mesyuarat Guna Panggilan Video!

Ada yang menggunakan Zoom, tidak kurang juga yang guna Cisco Webex dan Microsoft Teams.

Namun, tidak kira apa jua aplikasi digunakan, ia pastinya antara kenangan manis ketika PKP. Masing-masing nak ‘sreenshot’ muat naik di media sosial!

Jika tiada PKP agaknya, kita mungkin tidak peduli pun kewujudan aplikasi ini.

#3 Duduk Depan TV Tunggu Pengumuman Perdana Menteri!

Penuh harapan dan paling mendebarkan.

Setiap kali ada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pasti masing-masing berdebar menantikan perancangan kerajaan seterusnya.

Namun, kita tidak boleh menafikan golongan bujang antara yang paling banyak bersabar sepanjang PKP.

Sabar memberi laluan kepada mereka yang sudah berkeluarga.

Terima kasih geng bujang kerana patuh arahan!

#4 Penantian Abang Posmen!

Aplikasi beli belah atas talian sudah tentunya menjadi rakan karib buat kita semua ketika menjalani PKP.

Pantang nampak pantang viral, pasti ada saja yang dibelinya.

Namun, disebabkan terlalu ramai yang membeli belah secara online, maka tempoh untuk barangan atau parcel sampai juga menjadi agak lama.

#5 Semua Nak Viral!

Daripada resipi dalgona coffee sehinggalah pokok lidah jin, semuanya menjadi viral disebabkan PKP.

Malah, kelab Facebook seperti ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ dan ‘ Suami Masak Apa Hari Ini’ turut curi tumpuan.

Tidak dilupakan remix ‘Ke Sana Ke Sini’ dan karaketer Mak Cik Kiah!

#6 Semangat Posit1f Rakyat Malaysia Hingga Berakhirnya PKP & PKPB!

Terlalu banyak! Bermula dengan hanya terperap di dalam rumah untuk melawan COV1D-19 sehinggalah menyambut Hari Raya dalam tempoh satu hari saja.

Ketika negara luar ‘sibuk’ melakukan protes menentang arahan ‘lockdown’, kita rakyat Malaysia tidak mengeluh. Akur dan ikut perintah kerajaan.

Selain itu, jangan kita lupakan semangat pos1tif yang kita pamerkan sepanjang PKP.

Siapa boleh lupa momen seorang anggota polis yang memakaikan mask terhadap seorang warga emas biarpun berlainan bangsa?

Malah, tindakan murni dua anggota Polis Diraja Malaysia menyelamatkan bayi pasangan Rusia yang dilahirkan di hotel baru-baru ini juga menyayat hati!

Kecekalan Ustaz Ebit Lew yang menyalurkan bantuan ketika pandemik ini juga jangan dilupakan.

Apapun, jadikan pengalaman menempoh PKP ini sebagai pengajaran dan kenangan manis buat kita semua.

Jangan leka dengan kelonggaran diberi. Biar berpada dan patut SOP!

Selamat pulang ke kampung Gempak ucapkan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "PKPP Bukti Kesabaran Rakyat Malaysia! 6 Momen Manis Ini Anda Mungkin Takkan lupa Sampai Bila-Bila  "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*