Buat Kempen Tak Terima Tetamu Dilancarkan? Rosyam Nor Pun Buat Tau! Posting KP Kesihatan memang ‘Win’

Usaha kerajaan untuk tidak menggalakan aktiviti ziarah menziarahi sepanjang perayaan Aidilfitri nampak gayanya disambut baik oleh orang ramai.

Ini terbukti apabila ada sesetengah daripada mereka sanggup menggantung sepanduk atau banner di hadapan rumah masing-masing.

Menariknya sepanduk berkenaan menjelaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang kunjungan daripada tetamu untuk raya tahun ini.

Malah, gambar menunjukkan sepanduk itu dipasang telah dikongsi sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter rasmi beliau.

“Memperkasakan masyarakat untuk tidak menjalankan aktiviti kunjung- mengunjung kita berhari raya.

“Masyarakat prihatin keluarga selamat,” katanya.

Posting berkenaan kemudian dikongsi sebanyak 3,293 kali dan menerima lebih 5,000 likes.

Rata-rata netizen dilihat menyambut baik saranan yang diminta oleh Noor Hisham itu.

Sementara itu, untuk pengetahuan anda, rumah ibu kepada pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor juga  turut memasang sepanduk seperti itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“VIDEO CALL AJE” ya MAK 😭😭 Tapi Mak aku tunjuk 👍 Sebab #sayangmak Menyahut arahan Kerajaan dan KKM. Walaupun rumah mak aku dekat Kg Melayu Subang aje. 10 minit dari rumah aku. Tapi sebab mak dah umur 80 tahun,kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semua ya tinggal di KL mengambil keputusan tidak balik kampung beraya tahun ni. Sebab Gantung Banner kerana takut kami tak balik orang lain pulak datang. Sebab kalau raya rumah mak aku jadi tumpuan beratus anak cucu,anak cucu saudara. Sebab dalam keluarga mak aku dia saja yang masih hidup. Jadi anak cucu semua akan datang bertandang. Maafkan kami sekeluarga. Untuk kebaikan bersama InshaAllah ada umur tahun depan kita RayaSakan okey

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Perkara itu dikongsi Rosyam menerusi satu posting di Instagramnya semalam.

Menurutnya, dia sepakat bersama adik beradik dan keluarga lain untuk tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah ibu mereka yang terletak di Kampung Melayu Subang, Selangor.

“Menyahut arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun rumah mak dekat saja di Kampung Melayu Subang iaitu 10 minit dari rumah saya, tapi sebab mak dah umur 80 tahun, kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semuanya tinggal di Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk tidak balik kampung beraya tahun ini.

“Sebab gantung ‘banner’ kerana takut kami tak balik, tapi orang lain pula datang. Sebab kalau raya, rumah mak menjadi tumpuan beratus anak cucu dan anak cucu saudara,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook

Sumber : Gempak/ Tube Viral Press

Be the first to comment on "Buat Kempen Tak Terima Tetamu Dilancarkan? Rosyam Nor Pun Buat Tau! Posting KP Kesihatan memang ‘Win’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*