Buat yang masih ingat kemunculan pelakon, Ramona Zamzam melalui sebuah rancangan lawak Sepahtu Reunion Live pastinya tahu sifat mudah terhibur yang dimilikinya. Ramona Zamzam merupakan seorang pelakon dan model dan lakonannya juga sering mendapat perhatian.
Ramona bagaimanapun kini semakin bahagia dengan jejaka pilihan hatinya, Rami Alashkar dan bersama seorang cahaya mata perempuannya yang diberi nama Ivanna Alashkar.
Biarpun begitu, nampaknya sifat mudah terhiburnya itu juga menerima banyak soalan tentang anaknya pula apabila adakah Ivanna Alashkar juga sepertinya.
Lalu diruangan posting menerusi Instagram, Ramona Zamzam menjawabnya dengan memuat naik rakaman suara anaknya ketawa yang saling tak tumpah sepertinya disamping turut disertakan dengan kapsyen lucu.
“To those who have been asking: Anak Ramona gelak macam Ramona tak? Boleh digilap lagi kot bakat tu, lek lu baru nak masuk 4 tahun.” Tulisnya.
Melalui video pula, rakaman memaparkan anak Ramona memakai baju pink dilihat tidak dapat berhenti dari ketawa sehingga ditonton ribuan kali.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, lesung pipit yang dimiliki puteri selebriti ini juga mengundang orang ramai cair menyaksikan telatahnya dalam perkongsian terbabit dengan ditinggalkan ratusan komen.
“Aww cute!!”
“Gelak dia sopan sikit…”
“Gelak dia cute dari mummy…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Warganet Terhibur Anak Ramona Zamzam Juga Miliki Ketawa Sepertinya, “Lesung pipit”"