Aina Abdul Kongsi Situasi ketika Kelas Latihan Vokal, “Goosebumps Haih!”

Penyanyi yang bersuara lantang dengan gaya persembahan tersendiri, Aina Abdul ini siapa sahaja yang tidak mengenalinya. Setiap lagu yang dihasilkan dan dinyanyikan olehnya sentiasa menjadi perhatian umum. Bakatnya dalam mencipta lagu dan menyanyi sungguh luarbiasa.

Lagu-lagunya seperti Semalam, Sumpah dan lain-lain memiliki ‘roh’ yang tersendiri. Malah lagunya yang terbaharu Sepi juga cukup enak didengar dan penuh jiwa jika dihayati liriknya.

Malah menerusi lagu Semalam, Aina Abdul juga berjaya merangkul naib juara di pentas Anugerah Juara Lagu ke 35 baru-baru ini. Sudah pastinya persembahan penyanyi berbakat ini memang gempak dengan vokal cukup padu!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Bagaimanapun baru-baru ini Aina Abdul memuat naik satu video dirinya yang sedang menjalani kelas latihan vokal. Dilihat Aina Abdul bersama seorang guru vokal cukup disegani Cikgu Delly sedang berlatih membuat persediaan sebelum ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 35. Berikut adalah perkongsian tersebut:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Wow, sedang latihan vokal sahaja suara Aina sudah cukup padu apatah lagi di persembahan sebenar! Perkongsian Aina Abdul jalani kelas latihan vokal ini telah meraih lebih 460 ribu tontonan dan 54 ribu likes. Rata-rata warganet turut memuji Aina Abdul dalam rakaman ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Effort tu priceless… Tak kisah kat mana2..job well done…”

Latihan Kelas Vokal 3

“Meremangnya ayoyoyo thank you Cikgu Delly. You are the best! Keep on learning Aina!”

Latihan Kelas Vokal 2

“Haa…macam ni…Sebaik mana pun, tetap belajar supaya jadi lebih dan lebih baik”

Latihan Kelas Vokal 1

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Aina Abdul Kongsi Situasi ketika Kelas Latihan Vokal, “Goosebumps Haih!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*