Ada Sebab Kenapa Farah Nabilah Tak Buat ‘Come Back’ Berlakon – “Zaman Sekarang Ini Bukan Mudah”

SELEPAS lebih setahun memperlahankan karier seni kerana memberi tumpuan terhadap keluarga, pelakon Farah Nabilah mengakui mula rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera.

Farah atau nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin, 29, bagaimanapun berkata dia terpaksa melupakan hasrat itu buat masa ini kerana perlu memberi keutamaan kepada cahaya mata pertama bernama Andre Omar yang baru berusia empat bulan.

“Memang ada yang bertanya, saya tak nak berlakon lagi ke? Siapa kata tak nak berlakon… saya rindu nak berlakon macam selalu dan beraksi depan kamera cuma buat masa ini tunggulah dulu.

“Tawaran memang banyak, tapi saya terpaksa tolak… sekarang ini baru saya faham perasaan ibu yang tidak boleh berenggang dengan anak mereka. Sejujurnya, saya belum sanggup berjauhan dengan anak, rasa macam belum puas menatap dan memeluknya.

“Mungkin selepas raya nanti (kembali berlakon) kerana saya rasa itu waktu yang sesuai untuk panaskan enjin dalam dunia lakonan. Kalau ikutkan hati, sekarang juga nak masuk set penggambaran tapi saya dalam dilema nak melihat anak membesar dahulu depan mata,” katanya.

Farah masih belum sanggup berjauhan dengan anaknya, Andre Omar.

Membesarkan anak tanpa pembantu atau penjaga, Farah berkata agak sukar untuk dia berjauhan dengan Andre kerana beberapa kekangan.

Tambahan pula, Andre masih menyusu badan dan perlu diberi tumpuan serta penjagaan yang lebih sepanjang tempoh ini.

 

Sekarang ini Andre sedang membesar… dia sudah dalam fasa boleh meniarap dan bergerak, kalau diusik pun dah pandai ketawa.

FARAH NABILAH

PELAKON

“Nak mencari pembantu rumah dan pengasuh zaman sekarang ini bukan mudah. Saya tak nak silap percaturan, akhirnya menyusahkan diri sendiri.

“Lagi pun dalam masa sama, anak masih menyusu badan… pendek kata, ada saja halangan di saat keinginan berlakon itu semakin membuak-buak.

Farah bersama suami tersayang, Amirul Yunus.

“Sekarang ini Andre sedang membesar… dia sudah dalam fasa boleh meniarap dan bergerak, kalau diusik pun dah pandai ketawa,” ujarnya.

Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Mohammed Amirul Yunus, 30, pada 20 Disember 2019.

Pelakon drama Titian Cinta ini melahirkan seorang cahaya mata lelaki, Andre Omar pada 22 Oktober tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Ada Sebab Kenapa Farah Nabilah Tak Buat ‘Come Back’ Berlakon – “Zaman Sekarang Ini Bukan Mudah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*