Pastinya ramai yang masih ingat dengan pelakon kanak-kanak bernama Muntazar Ghufran dan abangnya, Firdaus Ghufran dimana kedua-dua juga antara pelakon yang cukup popular sedari kecil dengan bakat mereka.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, rasanya juga ramai sudah mengetahui bahawa kedua-dua pelakon kanak-kanak itu semakin dewasa dan dilihat membahagikan waktu dengan pelajaran dan kerjaya masing-masing yang telah lama dibina.
Malah, Firdaus Ghufran juga trending sekali gus menjadi perhatian pada tahun lalu selepas membintangi drama berjudul Budak Tebing dengan membawakan watak sebagai Talam.
View this post on Instagram
Biarpun begitu, Muntazar Ghufran juga tak kurang hebatnya apabila dia juga seperti abangnya apabila pada tahun ini dia berjaya memiliki sebuah kereta. Menurutnya juga, ia berkat hasil daripada titik peluh dia selama satu tahun.
Muntazar Ghufran diruangan Instagram meluahkan rasa syukurnya dengan perkara itu disamping memuat naik sekeping foto yang menarik perhatian peminat dan pengikut.
View this post on Instagram
Perkongsian terbabit juga menerima reaksi rakan selebriti, Bella Dowanna yang turut tumpang gembira dengan kereta yang dibelinya dan dalam pada itu, rata-rata peminatnya juga mengambil peluang itu untuk mengucapkan tahniah dengan kejayaannya.
“Bestnya satu tahun dah boleh beli kereta”
“Dah besar dah”
“Alhamdulillah, good job mun. Tak sia-sia usaha…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Hasil Titik Peluh 1 Tahun, Muntazar Ghufran Syukur Miliki Kereta"