Nad Zainal Kongsi Situasi Kena ‘Pau’ Jajan Dengan Anak, Ramai Pernah Laluinya

Dalam kesibukan melakukan rutin harian ibu-ibu mungkin ada satu masa sebelum tidur untuk menikmati masa bersendirian. Selesai sahaja tidurkan anak kecil, si ibu bangun menyelesaikan tugasan seperti mengemas dan sebagainya. Sebelum tidur ambil pula masa seketika untuk menarik nafas dan ada juga yang ambil peluang ini untuk makan makanan seperti jajan dan coklat.

Sekadar hiasan / kredit Giphy
Sekadar hiasan / kredit Giphy

Masa inilah yang sesuai kerana anak-anak sudah tidur dan dapat elakkan dari anak-anak makan makanan sebegini. Namun begitu lain pula halnya yang dilalui oleh pelakon berbakat besar, Nad Zainal ini. Sedang hamil anak kedua, kadang-kadang telatah anak sulungnya cukup mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian oleh Nad Zainal baru-baru ini, kelihatan dia sedang makan makanan ringan di dalam bilik. Namun tiba-tiba datang anaknya yang dipanggil Yem.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

“Mummy makan keropok aeh…Nak rasa boleh?”, kata anak Nad Zainal dalam rakaman tersebut.

Dengan muka tidak rela, Nad Zainal terpaksa berikan pada anaknya itu. Begitulah bila ada anak kecil, mahu atau tidak terpaksa relakan juga. Berikut adalah rakaman situasi Nad Zainal  kongsi situasi kena pau jajan dengan anak menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini:

Rakaman Nad Zainal kongsi situasi tersebut telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan 17 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha..Mak curi2 makan jajan”

Situasi mak2 nak makan jajan 3

“Hahaha samalah…Selalu konon2 nak makan time anak tidur, tapi last2 tertidur sekali”

Situasi mak2 nak makan jajan 2

“Nyorok la mana pon…Anak2 akan terbau sesuatu hehe”

Situasi mak2 nak makan jajan 1

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HCL 

Be the first to comment on "Nad Zainal Kongsi Situasi Kena ‘Pau’ Jajan Dengan Anak, Ramai Pernah Laluinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*