“Lelaki mana boleh tahan g0daan gadis seperti..”- Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman

Isteri kepada bekas teman lelaki pelakon Alya Iman iaitu Penny Salman menegaskan dia tidak menyebelahi atau menangkan suaminya dalam isu hubungan sulit ini.

Kata Penny, suaminya tetap salah namun dia memilih untuk menyelesaikan secara berdua.

“Saya tak salahkan Alya saja dalam hal ini, suami saya pun salah. Lelaki mana boleh tahan g0daan gadis seperti itu.

“Cuma masalah rumah tangga biar kami selesaikan berdua,” katanya kepada Gempak.

Sebelum ini, segelintir netizen mendakwa Penny ‘berat sebelah’ kerana hanya berkongsi tentang Alya di Instagram Storiesnya.

Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia berterima kasih dengan keprihatianan warganet yang tidak putus memberikan kata-kata semangat.

“Saya rasa disayangi bila ramai orang yang direct message (DM) bagi kata-kata semangat. Saya tak sangka mereka prihatin sangat,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah kontroversi Alya Iman mula menjadi tumpuan netizen apabila Penny mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram.

Bahkan, satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya menge

nai berita pertunangannya tidak benar.

“Ya Kami Pernah Bertunang” – Alya

PELAKON baharu yang yang juga anak pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha dikenali Alya Iman mengaku pernah bertunang dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Februari lalu.

Pengakuan berani Alya itu, sekali gus menjawab segala d4kwaan ‘kurang enak’ yang dibuat isteri ahli perniagaan itu di media sosial.

Alya berkata dia kini sudah memutuskan perhubungan dan ikatan pertunangan itu apabila kehadirannya di sisi lelaki berkenaan sebenarnya tidak diketahui dan dipersetujui oleh si isteri.

“Benar, pada jam 8 malam, tarikh 27 Februari lalu, saya sudah bertunang dengan seorang individu berusia 30 tahun yang statusnya berkahwin serta mempunyai dua anak.

“Majlis pertunangan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat saya. Apapun, sebelum itu (bertunang) saya difahamkan bahawa isterinya sudah bersetuju dengan kehadiran saya untuk jadi isteri kedua.

“Bagaimanapun, pada Mac lalu saya akhirnya memutuskan pertunangan kami apabila mengetahui kewujudan saya tidak diketahui dan dipersetujui oleh isterinya.

“Segala hadiah yang diberikannya kepada saya pun, sudah di pulangkan kerana saya rasa bersalah,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Alya lagi, dia reda apabila hubungannya tidak bertahan lama dengan lelaki itu dan memohon maaf kepada pihak yang sudah terluka.

“Saya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.

“Saya mohon doa, sokongan dan dokongan daripada semua pihak supaya perkara ini dapat saya tempuhi dengan baik.

“Sesungguhnya, saya percaya apa yang berlaku sangat mematangkan diri ini. Justeru, saya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.

“Pada waktu ini, saya mahu meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik lagi,” katanya.

Terdahulu, anak perempuan Allayarham Azmil yang cukup popular dengan filem Ali Setan itu didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.

Dakwaan berkenaan dilakukan sendiri oleh isteri ahli perniagaan itu di platform media sosial hingga kisah mereka menjadi tular pada kalangan warganet.

Sebelum ini, Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil turut menepis dakwaan yang mengatakan dirinya sekarang menjalin hubungan rapat dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/ Berita Semasa

Be the first to comment on "“Lelaki mana boleh tahan g0daan gadis seperti..”- Isteri Bekas Teman Lelaki Alya Iman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*