Zizan Razak berbasikal dengan ‘kembar’ Neelofa undang komen lucu warganet

Aktiviti berbasikal kini nampaknya menjadi diantara pilihan para selebriti untuk meluangkan masa mereka disamping aktiviti berkenaan juga dapat memberikan manfaat untuk kesihatan diri.

Sebelum ini, gelagat para selebriti wanita seperti Janna Nick dan Nabila Razali yang turut terlibat dalam aktiviti berbasikal mendapat perhatian warganet.

Terbaru, perkongsian Zizan Razak menerusi laman Instagram miliknya pula menjadi tumpuan peminat dan pengikut apabila pelawak dan pelakon terkenal itu turut meluangkan masa untuk berbasikal setelah dilihat sibuk dengan kerjayanya.

Walau bagaimanapun, Zizan Razak yang dikenali sebagai seorang yang sering membuatkan peminat terhibur ternyata menerusi perkongsian ini juga kapsyen yang ditulisnya mencuit hati mereka apabila menerusi foto yang dimuat naik ini, dia tidak sendiri berbasikal malah bersama seorang penyampai berita terkenal, Hawa Rizwana yang pernah dikenali sebagai kembar Neelofa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Good ride today @zizanrazak869 😁 pengulas sukan /coach @faizsyarifuddin #goodday #cycling #perezride

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana) on

“Kayuhan bersama Hawa Rizwana harini membuatkan abang tidak penat untuk mendaki bukit hatimu… wahhh!!! Ayat padu…!! Padahal berkicap nak naik bukit tadi, hahahaha,” tulisnya.

Selain itu, Zizan juga sempat memuat naik video rakaman dia melakukan aktiviti berbasikal bersama rakan-rakannya.

Namun begitu, peminat juga tidak melepaskan peluang untuk mengusik pelawak dan pelakon kesayangan mereka ini dengan meningg4lkan pelbagai reaksi lucu mereka disamping perkongsiannya itu juga dalam masa yang sekejap meraih ribuan tanda suka daripada orang ramai.

“Gittewww!!”

“Nikoh lalu zang…”

“Kayuh sampai meminang selalu”

Ikuti juga kisah-kisah dibawah:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:HCL

Be the first to comment on "Zizan Razak berbasikal dengan ‘kembar’ Neelofa undang komen lucu warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*