“Muka Dah Kembang Pun Tetap Cantik”-Berserinya Wajah Nurida Suraya Walaupun Sudah Sarat 7 Bulan

Rizman yang juga pereka kegemaran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memilih Nurida sebagai bakal isterinya selepas mengenali hati budi masing-masing lebih setahun lalu.

Rizman sebelum itu memuat naik fotonya bersama seorang wanita yang mana kedua-duanya mengenakan pakaian sedondon berwarna biru di laman Instagram peribadinya @rizman.n.

Model yang juga isteri kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, Nurida Suraya tampil berseri dengan kandungannya yang sudah mencecah tujuh bulan. 

Menerusi laman sosial Instagram, Nurida, 31, berkongsi foto terkininya bersama suami menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Our first raya together as husband and wife. 🤍 #1stshawal

A post shared by 𝓝𝓾𝓻𝓲𝓭𝓪 𝓢𝓾𝓻𝓪𝔂𝓪 🦋 (@nuridasuraya) on

Nurida ada membuat kepsyen – “In my beautiful and comfy kaftan by suami,” 

Menerusi perkongsian tersebut, Nurida yang hamil anak perempuan anggun mengenakan kaftan berwarna ungu lembut dengan perincian renda dan ditatarias solekan ringkas serta rambut melepasi bahu. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan ibu hamil ini yang sentiasa tampak cantik dan bergaya. 

Kata seorang wargamaya “Bestnya cantik! Suami pulak pereka fesyen,” . 

Puji seorang wargamaya “Haihh mommy to be ni so cantikkk, tak jemu tengok,”.

Komen seorang wargamaya“Model dan kaftan dua-dua cantik,”.

Tulis seorang wargamaya“Seri ibu hamil. Cantik macam selalu,”.

 Puji seorang wargamaya“Muka dah kembang pun tetap cantik,”.

Sekadar info, Rizman, 36, dan Nurida berkahwin pada 13 September tahun lalu di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Muka Dah Kembang Pun Tetap Cantik”-Berserinya Wajah Nurida Suraya Walaupun Sudah Sarat 7 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*