‘Mama paling ‘simple” – Bella Astillah

Siapa sahaja yang tidak mengenali figura kecil molek yang juga isteri kepada Aliff Aziz ini. Nama Bella Astillah kian menjadi sebutan media sejak kontroversi yang melanda rumahtangganya baru-baru ini.

Walaupun lebih dikenali sebagai isteri kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, namun pastinya ramai tidak tahu Bella Astillah sebenarnya terlebih dulu dikenali sebagai penyanyi.

Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah pernah mengeluarkan album ketika berusia tiga tahun bersama adiknya yang juga penyanyi, Didi Astillah.

Pada ketika itu mereka dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara dan album tersebut memuatkan lagu kanak-kanak seperti Bangau Oh BangauTom-Tom BakAir Pasang Dalam dan lain-lain lagi.

PENYANYI, Bella Astillah membuat kejutan dengan mengadakan sambutan hari jadi dan menghadiahkan barangan kemas kepada ibunya, Zarinah.

Bella, 26, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, ibunya seorang yang ringkas, tidak mengharapkan hadiah dan sambutan hari jadi.

“Mama paling ‘simple’, susah mahu buat sambutan sebab selalu cakap nak biasa-biasa saja. Kalau tanya hadiah pun, tidak perlu katanya. Dia cakap cukup bersyukur ada anak-anak, keluarga dan dipanjangkan umur. 

“Mama yang ajar saya 3K iaitu kekuatan, kesabaran dan kesetiaan. Dia kawan baik saya dari kecil sampai sekarang dan selamanya, insha-Allah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di IG, Bella yang juga anak sulung dalam keluarga sekali lagi memuat naik ucapan hari jadi buat ibunya beserta beberapa gambar sambutan hari jadi yang dibuat, semalam.

“Sekali lagi, selamat hari jadi mama. Alhamdulillah dapat raikan hari ini. Mama cakap janganlah susah-susah nak buat semua ini, dekorasi lagi sebab umur sudah berapa. Dia segan.

“Tapi ini jawapan saya. Tak susah pun nak dibandingkan dengan pengorbanan mama membesarkan saya dan adik-adik. Mama cakap lagi, janganlah bazir duit kenapa beli hadiah? Mama lahirkan saya, menjaga, mendidik, hantar ke sekolah pun mama sendiri. Tidak pernah beritahu atau minta duit tak kira apa pun keadaan atau situasi mama. 

“Selalu pastikan nak beri yang terbaik. Pastikan pergi sekolah setiap hari. Sekolah pagi, agama, mengaji dan tusyen malam. Bayangkan semua ini perlu duit belanja sampai saya dapat diploma. Alhamdulillah, semua atas bantuan sokongan dan dorongan mama dan ayah. Saya sendiri sebagai anak sulung nampak pengorbanan mama. Mama sangat rajin dan kuat. Sangat. 

“Sekarang saya nak cuba balas sedikit demi sedikit. Walaupun tak tertanding, saya cuba bahagiakan mama dan ayah selagi saya hidup, insha-Allah,” katanya.

Menurut Bella yang tampil menerusi lagu Tenang berkata, dia merancang seminggu untuk membuat kejutan hari jadi itu.

Malah, Bella juga mengambil inisiatif sendiri dengan membuat dekorasi majlis yang diadakan di rumah mereka.

“Saya merancang ini seminggu. Apa pun ini saya deko sendiri. Gembira sangat dapat buat kejutan pada mama. Saya sayang mama,” katanya.

Selain Bella, adiknya yang juga penyanyi, Didi Astillah turut menghadiahkan barangan kemas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:MYMETRO

Be the first to comment on "‘Mama paling ‘simple” – Bella Astillah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*