Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Adam Corrie Dedah 9 Bulan Tiada Job

Masih ternanti-nanti tawaran berlakon daripada produksi drama mahupun telefilem, pelakon yang terkenal dengan watak gangst3r dan penjahat iaitu Adam Corie mend3dahkan sudah hampir sembilan bulan dia tidak beraksi di depan kamera.

Lebih parah, pandemik COV1D-19 mengakibatkan industri hiburan ‘lumpuh’ sehingga menyeb4bkan Adam terus meng4nggur. Bagaimanapun, Adam sedar punca dia tidak menerima tawaran kerana syaratnya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir berlakon. Ini membuktikan berapa lama saya tidak berlakon.

“Sudah sembilan bulan saya tiada ‘job’. Hanya disebabkan saya mengelak adegan bersentuhan dengan pelakon perempuan, banyak produksi tidak mahu panggil saya berlakon lagi.

“Mereka beritahu saya banyak ‘bunyi’ (ker3nah), baik panggil sahaja pelakon yang boleh bersentuhan. Ada produksi yang menghubungi saya, tapi selepas diberitahu syarat itu, mereka tidak ‘call’ lagi,” katanya kepada BH Online.

Adam turut terkilan dengan reaksi syarikat produksi seolah-olah pendirian enggan bersentuhan dengan pelakon wanita dianggap suatu kes4lahan b3sar. Ujarnya, ada sahaja cara untuk menghidupkan sesuatu adegan meksipun tanpa bersentuhan.

“Bagi saya jika pengarah mempunyai pertimbangan, dia boleh menghidupkan sesuatu adegan tanpa perlu mengolah jalan cerita biarpun tiada babak bersentuhan,” katanya.

Adam berkata meskipun dia tidak menjadi pilihan penerbit dan pengarah berikutan syarat yang diberi, namun dia tidak akan berputus ada untuk kekal dalam indursti hiburan tanah air.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:ROTIKAYA

1 Comment on "Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Adam Corrie Dedah 9 Bulan Tiada Job"

  1. Chyntamik4 K4mi | June 14, 2020 at 8:14 am | Reply

    Totally agree with Adam Corrie. Shame on the born Muslims in the industry. the reverts are much more into Islamic practice compliance. We want to see Adam Corrie in action again, please.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*