Ramai lelaki setuju bahawa salah satu impian mereka dalam hidup adalah untuk memiliki rumah dan kereta sport idaman, seperti yang dikongsikan individu ini.
Benda yang aku nak beli sebelum umur aku 25 tahun. pic.twitter.com/gPKPxhMEap
— sultan kaki bitter (@tengkulil) June 7, 2020
Perkongsian berkenaan mengundang ramai untuk berkongsikan kereta idaman masing-masing yang mereka harap akan menjadi milik mereka suatu hari nanti.
Sementara itu ada juga yang bernasib baik dan telah pun memiliki kereta sport yang mereka inginkan. Dalam salah satu video yang dikongsikan di ruangan komen, kelihatan beberapa pemilik kereta sport menunjukkan kecantikkan kereta mereka dengan berkonvoi di jalan raya.
Impian sume lelaki pic.twitter.com/BpRFrkYUuX
— luqman🚭 (@lukemanhafiz) June 7, 2020
Antara kereta-kereta yang membuat peminat sports cars teruja dan rambang mata di dalam video itu adalah Toyota Supra, Ford, Nissan GTR, dan Mustang.
Namun sebuah kereta yang tidak terlepas dari pandangan netizen adalah sebuah Myvi putih yang cuba untuk memotong kereta-kereta mewah tersebut.
respect myvi putih nk potong dari tepi 😭✋🏻 https://t.co/JpeR33rwAv
— Äm (@Ammarziqqq) June 10, 2020
Walaupun cubaannya berjaya, dia akhirnya tertinggal di belakang selepas kereta-kereta hebat itu membuka langkah.
Namun ramai yang tetap memuji percubaan Myvi putih itu dan menyokong tindakannya memandangkan konvoi tersebut menghalang jalan dan menyebabkan kesesakan di belakang.
“Samseng highway tu…”
“mesti myvi putih tu menyirap…”
“Biarlah tak kaya pun asalkan tak buat jalan macam jalan dia…”
“Tak jadi nak fokus tengok kereta diaorang…”
“Nak beli myvi la sebagai kereta idaman…”
Baca juga kisah-kisah berkaitan di bawah.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : HCL/ Berita Stedy Press
Be the first to comment on "Kereta Sport Berkonvoi, Gelagat Myvi Pula Tarik Perhatian"