Tuan Rumah Bakal Ditahan Jika Terima Lebih Tetamu Semasa Hari Raya

Di Melaka, pihak polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana tuan rumah yang menerima tetamu melebihi had sempena hari raya nanti. Menerusi laporan Berita Harian, 94 Petugas Pemantau telah dilantik dan akan melakukan rondaan secara berterusan di semua kawasan taman perumahan dan kampung di negeri tersebut bagi mengelakkan pelanggaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kediaman yang meragukan

Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini, malah akan bertindak tegas kepada mereka yang ingkar arahan termasuk membawa tuan rumah ke balai polis untuk diambil tindakan. Kita sudah memberi amaran awal, jangan ada yang marah atau tidak berpuas hati jika ditangkap nanti,” katanya selepas meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Simpang Ampat.

Tambahnya, dia percaya bahawa masih ada individu yang akan berusaha untuk men1pu pihak polis untuk pulang ke kampung halaman dengan memaklumkan mereka hanya merentas daerah sahaja. Oleh itu, pihaknya yakin usaha tersebut tidak akan berhasil kerana SJR di pintu keluar dan masuk negeri Melaka terutama di plaza tol akan diperketatkan khususnya pada musim perayaan ini.

Sayang duit untuk bayar

Datuk Mat Kasim turut memberi nasihat agar masyarakat jangan cuba untuk merentas negeri kerana kompaun RM1,00 bakal dikenakan buat mereka. Beliau turut berkata, duit tersebut lebih baik digunakan untuk berhari raya.

Melaka adalah sebuah negeri yang kecil dan kebanyakan pengguna jalan raya cenderung memilih laluan Persekutuan berbanding lebuh raya dengan mengambil kira faktor jarak antara daerah yang dekat. Justeru, kita akan pastikan mereka ini mematuhi dan mempunyai kebenaran atau permit untuk merentas negeri. Janganlah nak cuba-cuba nak melintasinya tanpa sebarang alasan yang kukuh, ‘sayang’ duit untuk bayar (kompaun) RM1,000 tu, lebih baik digunakan untuk berhari raya,” katanya.

Setakat ini, lapan SJR yang membabitkan seramai 505 pegawai dan anggota, dilaksanakan di negeri tersebut termasuk di laluan persisir pantai bagi mengekang cubaan penyeludupan keluar dan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menggunakan beberapa laluan laut. Premis tumpuan orang ramai menjelang Aidilfitri seperti pasar awam, pasar basah dan pasar raya turut diberikan perhatian kerana pasukan pemantau turut ditempatkan di setiap lokasi tersebut.

Sumber: Berita Harian/OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Tuan Rumah Bakal Ditahan Jika Terima Lebih Tetamu Semasa Hari Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*