Bella Astillah puji cara Risteena hadapi kec4man, netizen tak pernah puas! – “Awak buat saja cara awak, awak lebih tahu”

SUSULAN kec4man yang diterima pelakon Risteena akibat perkongsian tentang hubungan cintanya dengan Isa Khan, Bella Astillah turut memberi pandangannya.

Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini berkata, dia menyokong dan memuji tindakan Risteena yang menghadapi kec4man dengan pos1tif.

“MashaAllah, saya suka kenyataan awak. Tak apa, ini hidup awak, Ris. Sebagai selebriti, apa saja yang kita kongsikan akan dipertikaikan dan rakan-rakan media akan jadikan sebagai bahan untuk artikel mereka… bukanlah kita ni yang hubungi mereka dan bercerita minta cerita kita itu disebarkan”

“Bella suka sangat tengok orang yang tangani kec4man atau masalah dengan posit1f. Biarlah mereka terus mencaci kerana mereka tidak sedar akan putaran hidup yang seperti roda” katanya.

Komen Bella di entri yang dikongsikan Risteena di laman Instagram.

Sebelum ini, Risteena dikecam netizen apabila berkongsi tentang Isa yang cemas apabila tidak dapat menghubunginya dalam tempoh 30 minit.

Perkara itu mendapat perhatian netizen yang menganggap ia tidak perlu dikongsi di media sosial.

Dalam pada itu, Bella berkata, sebagai golongan selebriti, apa yang dilakukan sering mendapat perhatian dan dinilai oleh netizen.

Dari sini kita boleh nampak kita takkan pernah boleh puaskan hati sesiapa pun

BELLA ASTILLAH

PELAKON

“Bila kita kongsi banyak selfie mereka akan menghakimi muka atau kulit, bila kongsi OOTD mereka menghakimi bentuk badan, bila kongsi dengan pasangan cakap geli atau suruh kahwin baru rasa (dengan cara yang neg4tif) bila marah-marah cakap tak sepatutnya marah di media sosial, bila kongsi fasal mengaji atau bertudung cakap saja nak menunjuk bukannya ikhlas pun dan banyak lagi,” ujar Bella.

Bella turut menasihati Risteena supaya tidak mempedulikan kata-kata orang lain dan hargai keluarga serta insan tersayang.

“Jadi, dari sini kita boleh nampak kita takkan pernah boleh puaskan hati sesiapa pun. Awak buat saja cara awak. Awak lebih tahu. Allah SWT lebih tahu niat awak asalkan awak, pasangan, adik-beradik bahagia dah lebih dari cukup,” tulis pelakon itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Bella Astillah puji cara Risteena hadapi kec4man, netizen tak pernah puas! – “Awak buat saja cara awak, awak lebih tahu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*